Thursday, November 19, 2009

"Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga"

Seorang pemuda telah ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana menagih dadah.Seorang lelaki lain pula didakwa sebagai pengedar, manakala yang seorang lagi didakwa menjadi pembekalnya. Apakah agaknya perasaan ibu, bapa dan saudara mereka ini? Mereka akan berasa malu akibat perbuatan keji seorang aripada anggota keluarga. Hal ini menjejaskan nama baik keluarga, masyarakat sekampung, nama baik kaum, dan nama baik agama yang dianuti. Apabila berita penangkapan ini terpapar di akhbar, masyarakat negara luar akan beranggapan bahawa banyak rakyat Malayia yang terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah. Nama baik rakyat dan negara Malaysia akan tercemar. Inilah yang dimakudkan dengan peribahasa Melayu, “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Semua orang tahu bahawa warna susu tetap putih. Keputihan ini melambangkan kesucian dan kemuliaan yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Nilai pula ialah sejenis bahan yang berwarna biru. Sekiranya setitik nila dicampurkan dengan susu di dalam bekas, maka tercemarlah warna susu itu. Hal ini melambangkan tercemarnya kesucian dan kemuliaan anggota masyarakat, mahupun negara akibat daripada kejahatan yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

Sehubungan dengan itu, peribahasa ini menekankan peri mustahaknya individu mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang keji, iaitu perbuatan yang melanggar ajaran agama dan norma masyarakat. Hal ini demikian kerana kesannya dapat memburukkan nama baik orang lain yang tidak terlibat. Perbuatan menerima rasuah, misalnya adalah perbuatan keji yang dikutuk oleh masyarakat. Namun bagaimanapun kes penerimaan rasuah langsung tidak pernah dikurangkan, malah semakin meningkat. Jika seseorang pemimpin didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman kerana menerima rasuah, maka akan tercemarlah nama baik masyarakat Malaysia, bangsa Malaysia, dan negara Malaysia. Buktinya seperti yang berlaku kepada sesetengah pemimpindi negara lain yang membunuh diri kerana terlibat dalam rasuah. Perbuatan ini dilakukan semata-mata untuk membersihkan nama baik banga dan negaranya.

Seterusnya, apakah kebaikan menjadikan peribahasa ini sebagai panduan dan pengajaran di dalam hidup? Sebenarnya, peribahasa ini mengingatkan masyarakat supaya berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan an mengawal tingkah laku. Nafsu sering mendorong manusia melakukan kejahatan. Nafsu mengajak manusia mencuri, merompak, membunuh, merogol, dan sebagainya. Nafsu lebih mementingkan sifat “keakuan” atau mementngkan diri sendiri. Jika seseorang tidak berfikir panjang dan tidak mengawal tingkah lakunya, maka kesucian agama akan tercemar, masyarakat akan dipandang hina oleh orang lain, dan nam baik negar turut terjejas di mata dunia. Sebaliknya, jika setiap individu menjadikan peribahasa ini sebagai iktibar dan pengajaran, maka negara Malaysia akan menjadi contoh kepada negara lain di dunia dan disanjung setiap masa.

Dengan itu, peribahasa ini patut dijadikan cogan kata dala merealisasikan Wawasan 2020, iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang mulia dan berperibadi tinggi. Setiap warganegara perlulah mengamalkan ajaran agama mereka, mematuhi Perlembagaan Malayia, dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Nagara. Peraturan-peraturan, akta, dan ajaran yang terkandung di dalamnya bertujuan semata-mata untuk memuliakan kehidupan masyarakat dalam negara.

Banyak orang yang menutup muka apabila jurugambar merakamkan gambar mereka di dalam akhbar setelah disabitkan atas sesuatu kesalahan. Mengapakah mereka berasa malu? Mengapakah mereka tidak memikirkan kesannya sebelum bertindak dan melakukan euatu perbuatan? Mereka tidak mahu maruah diri sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Jika demikin halnya, mereka perlulah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana sebagai akibat perbuatan mereka nama baik kita turut tercemar, seperti yang terungkap dalam maksud peribahasa, “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Monday, September 28, 2009

Peribahasa Melayu


Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam mayarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu, Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya.Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat datafsirkan oleh semuaorang. Seringkali perkara yang diumpamkan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.

Umumnya, peribahasa masih terus digunkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, kata-kata hikmat. Antara beberapa contoh peribahasa termasuklah “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”, “Masa itu emas”, “Ibarat burung, mata lepas badan terkurung”, “Bagai aur dengan tebing”, “Seperti api dalam sekam”, “Seperti anak ayam kehilangan induk”, “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”, “Bahasa Jiwa BAngsa”, “Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”, “Ukur baju pada badan sendiri”, dan “Muafakat Membawa Berkat”.

Sesungguhnya, tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.

Sungguhpun kebanyakan peribahasa yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan sahihi ehingga kini, namun terdapat sebilangan kecil peribahasa tersebut yang tidak dapat diterima pakai lagi pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang serba moden dan canggih ini.Pada pendapat saya, seboleh-bolehnya kita mengabaikan peribahasa-peribahasa tersebut yang dimaksudkan itu. Beberapa contoh peribahasa yang sudah usang dan ketinggalan zaman ialah seperti “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang”, “Biar mati anak,jangan mati adat” dan “Hutang darah dibayar darah”.

Pada pendapat saya,ketiga-tiga contoh peribahasa yang dikemukakan di atas tidak dapat diterim pakai lagi kini kerana beberapa alasan seperti yang diterangkan di sini. Contohnya, peribahasa yang pertama jika diamalkan bukan saja dapat mematikan semangat juang seseorang individu malah akan menjadikan seorang yan tidak menginginkan kemajuan. Sekiranya seluruh masyarakat berpegang pada fahaman sedemikian, selama itulah masyarakat tersebut akan berada di takuk lama kerana tiada kemajuan yang dapat dicapai.

Sementara peribahasa yang kedua lebih mementingkan adat daripada anak sendiri. Dalam konteks ini, masyarakat dahulu kala mementingkan kelompok daripada individu. Namun dewasa in, para ibu bapa tidak sanggup lagi mengorbankan anak sendiri semata-mata untuk mempertahankan adat masyarakat.Sebaliknya, anaklah yang diutamakan daripada segala-galanya. Itulah nilai masyarakat hari ini.

Peribahasa yang ketiga pula tidak harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap pembunuhnya. Sekiranya hal sedemikian dilakukan masyarakat akan menjadi tidak tenteram.Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman, jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.

Kesimpulannya, peribahasa-peribahasa yang sudah usang dan tidak relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini tidak seharusna diamalkan lagi demi kesejahteraan masyarakat.

Sunday, September 20, 2009

Dalam karangan "Perayaan istimewa di Malaysia" terdapat satu kosa kata:
Perkataan "menahun" ini bermaksud tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya.


Selain itu, terdapat banyak perayaan-perayaan muncul dalam karangan saya.Mungkin kebanyakkan daripada kamu tidak tahu tentang sebahagian daripada perayaan-perayaan di negara kita.
Sekarang biarlah saya memperkenalkan perayaan-perayaan yang terdapat dalam karangan saya:

I)Maulid Nabi Muhammad saw (12 rabiul awal)



Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan anak-anak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud nabi ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, yaitu pendapat --- pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. --- pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh dirayakan adalah :
Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram,

maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu:

"Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"


Jawab mereka:

"Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan."

Maka Nabi S.A.W. berkata:

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetikan hukum:


# Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.

# Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.




II)Hari Kebangsaan Malaysia


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

III)Hari Kanak-kanak Antarabangsa
Poster Czech yang meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa

Hari Kanak-kanak Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Children's Day, ICD) diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.
ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.
Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut (sila lihat bahagian Jerman di bawah untuk perbincangan lanjut). Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Hari Kanak-kanak Sedunia

Hari Kanak-Kanak umumnya diraikan pada 1 Jun setiap tahun.

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia."



IV) Hari Keputeraan Nageri-negeri Sebagai contoh, Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai Meriah
Dubai, UAE Majlis Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai anjuran pejabat Konsulat Jeneral dan myUAE-PRO menyaksikan penyertaan lebih 250 rakyat Malaysia d perantauan. Majlis yang dimulakan dengan bacaan du'aa oleh AJK myUAE-PRO, Abdul Latif Abdul Karim menyaksikan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik minat hadirin.
Konsul Jeneral Malaysia d UAE, Syed Mohd Hasrin dalam ucapannya menyentuh sejarah dan peranan institusi YDP Agong sebagai Raja Berpelembagaan. Beliau juga menekankan objektif majlis seumpama adalah memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertemu dan memperkukuh jaringan dan silaturahim.
Nyanyian lagu kebangsaan - Negaraku, berkumandang d foyer bangunan MATRADE menyerikan Majlis.
Antara aktiviti yang djalankan ialah deklemasi sajak oleh 5 anak watan. Sajak nukilan Nazrah Ayu, menyaksikan gandingan 5 anak muda pelbagai bangsa mendeklemasikan sajak bertajuk Perantau Berdondang.
Majlis juga d serikan dengan acara kuiz bertemakan Malaysia, terbuka untuk kanak-kanak dan hadirin.
Bagi peminat fotografi, pertandingan fotografi menyaksikan penyertaan 12 orang jurugambar dengan pelbagai gambar menarik dan kreatif. Keputusan juri menyaksikan CDdin sebagai pemenang keseluruhan, memenangi hadiah utama tajaan Veritas.
Kemuncak majlis ialah acara cabutan bertuah perdana, tajaan MAS - 2 tiket penerbanagan pergi balik Dubai-Beirut.
Pejabat Konsul Jeneral Malaysia dan myUAE-PRO merakamkan setinggi penghargaan kepada para penaja (MAS, MPOC, Flexim, Veritas dan Mutiara) dan sekelian rakyat Malaysia yang menjayakan Majlis dengan jayanya. Lagi gambar (koleksi Nik) d sini

Semua perayaan inilah perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia Kita yang sebagai rakyat Malaysia perlulah kita memahami dan mengenali peranyaan-perayaan tersebut.

Perayaan istimewa di Malaysia

Kalaulah ada pelancong-pelancong yang berpeluang tinggal di negara kita ini selama setahun maka mereka akan berkesempatan menyakikan beraneka perayaan. Perayaan-perayaan di negara kita muncul begitu banyak kerana adanya rakyat yang berbilang kaum dan beranika kepercayaan. Selain itu, perayaan-perayaan itu pula adalah diraikan kerana sempena sambutan hari-hari kebesaran agama,hari-hari kebangsaan dan hari-hari istimewa antara bangsa.

Satu daripada perayaan-perayaan agama yang disambut besar-besaran di Malaysia ialah Hari Maulud Nabi atau Hari Keputeraan Nabi Muhammad. Pada hari yang berbahagia itu, rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mengadakan majlis-majlis perhimpunan atau perarakan. Setelah berhimpun atau berarak, mereka akan mendengar syarahan-syarahan daripada ahli-ahli agama tentang perjuangan Nabi besar mereka bagi menegakkan Syiah Islam. Pada hari yang berbahagia inilah umat-umat Islam akan dapat mengingati semula betapa besarnya pengorbanan Nabi mereka terhadap agama yang mereka sedang anuti.Semua dengan penerangan-penerangan diberikan kepda mereka pada hari itu, mereka akan membukakan hati mereka untuk berjasa kepada agama mereka.

Pada masa yang lain pula, pelancong itu akan berpeluang menyaksikan perayaan kebangsaan. Satu daripada perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah perayaan Hari Kebangsaan Malaysia. Hari Malaysia yang jatuhnya pada tiap-tiap 31hari bulan Ogos itu adalah bersempena dengan Hari Negara ini mencapai kemerdekaannya yang jatuh pada tarikh tersebut. Hari yang bersejarah ini, seperti juga Hari Keputeraan Nabi Muhammad tadi, adalah hari kelepasan am di seluruh negara.. Pada hari ini akan diadakan upacara-upacara sambutan khas di ibu-ibu negeri dan ibu kota. Di sini ditunjukkan berbagai-bagai acara kebudayaan seperti tarian-tarian, pencak silat, dam permainian-permainan. Di perhimpunan-perhimpunan inilah juga pemimpin-pemimpin akan membaharui ikrar mereka untuk membuat sesuatu agar menguntungkan rakyat.

Pada hari-hari yang lain pula, pelancong-pelancong itu akan bersua dengan perayaan-perayaan yang agak pernah dilihatnya di negaranya sendiri tetapi agak berlainan sedikit corak sambutannya. Satu daripada perayaan-perayaan itu ialah perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia. Perayaan yang meriah ini dirayakan oleh kanak-kanak seluruh dunia bagi memperingati atau menyedarkan ibu bapa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Puncak perayaan ini, di Malaysia ialah Perhimpunan Raksasa Kanak-kanak di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Di perayaan inilah kanak-kanak Malysia yang telah berjasa kepada negaranya akan disematkan dengan “Pingat Hang Tuah”. Di perhimpunan lain pula, bersempena dengan hari meriah ini, kanak-kanak akan dijamu dengan beraneka juadah dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik akan mendapat berbagai-bagai hadiah.

Pada tiap-tiap negeri di Malaysia ini pula mempunyai hai istimewa mereka. Hari itu ialah hari keputeraan-keputeraan sultan atau raja-raja negeri itu. Di negeri yang tiada beraja seperti negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mereka merayakan Hari Keputeraan gabenor-gabenor atau Yang Di Pertuan Nageri mereka masing-masing. Hari yang berbahagia ini biasanya disambut dengan besar-besaran oleh seluruh rakyat negeri tersebut. Biasanya setelah diadakan perkumpulan ramai yang dihadiri oleh beribu-ribu orang rakyat, maka doa selamat akan diadakan di tempat-tempat ibadat iaitu di masjid-masjid, di gereja-gereja, di kuil-kuil dan di tokong-tokong. Di samping menngadakan jamuan-jamuan makan pada hari inilah juga Duli-Duli Yang Maha Mulia itu akan mengurniakan pingat-pingat kehormatan kepada rakyat-rakyat baginda yang telah berjasa kepada negeri masing-masing.Kadang-kala perayaan-perayaan itu akan berlanjutan dengan beraneka acara sukan dan pertunjukan kebudayaan.

Pendek kata, seseorang pelawat ke Malaysia yang berkesempatan tinggal menahun, pasti akan berpeluang menyaksikan berbagai-bagai perayaan dan ada banyak saat kegembiran akan dibawanya pulang ke negeranya.

Tuesday, September 8, 2009

Badan Pengawas Sekolah

Badan pengawas sebagai institusi unggul dalam sistem persekolahan telah wujud buat sekian lama. Peranan utama badan ini adalah membantu pihak sekolah dalam memelihara disiplin pelajar agar wujud suatu suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.Justeru, badan pengawas memainkan peranan penting dalam sistem persekolahan kita.

Biasanya badan pengawas dianggotai oleh pelajar-pelajar yang terpilih.Mereka terdiri daripada segolongan pelajar yang mempunyai perwatakan yang terpuji. Umumnya, pengawas dianggap sebagai pelajar mithali yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar lain dari pelbagai segi, baik aspek sahsiah, tingkah laku, mahupun dalam tutur kata. Pendek kata, mereka merupakan pemimpin pelajar yang mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan melalui teladan.

Namun begitu, keberkesanan pengawas sekolah dalam menjaga disiplin pelajar mula dipersoalkan sejak akhir-akhir ini. Hal ini demikian kerana masalah disiplin di kalangan para pelaja tidak pernah berkurang. Malah, kadar salah laku di kalangan pelajar kian meningkat dari semasa ke semasa. Perkara ini dipandang serius oleh semua pihak, baik Pengetua sekolah, para guru, ibu bapa, mahupun masyarakat umum. Sehubungan dengan ini, para pengawas didakwa telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan. Pandangan serong ini tidak dapat dielakkan kerana kes-kes berat yang membabitkan pelajar seperti peras ugut, pukul rakan, gengsterisme,membakar sekolah, dan seumpamnya gagal dikesan lebih awal oleh pihak pengawas.

Sebagai pemimpin pelajar, para pengawas diharapkan dapat membantu pihak sekolah menyiasat kes-kes salah laku di kalangan pelajar dan bertindak pantas dengan melaporkannya kepada guru disiplin atau Pengetua jika terdapat sebrng kejadian yang tidak diingini yang didapati berlaku di pekarangan sekolah.Justeru, kegagalan para pengawas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka semenjak akhir-akhir ini telah menimbulkan berbagai-bagai persoalan.

Patutkah para pengawas didakwa telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan?Para pengawas yang menjalankan tugas ibarat melepaskan batuk di tangga tentunya mempunyai
alasan-alasan yang tersendiri.Umumnya,banyak antara mereka yang berasa gentar untuk bertindak terhadap pelajar-pelajar yng bersikap samseng dan kasar.Sementara yang lain berasa sukar untuk melaporkan kes-kes salah laku rakan-rakan yang sekelas dengan mereka. Justeru,timbulkan momokan bahawa para pengawas tidak berkesan dalam menjalankan tugas yng dipikul.

Sesungguhnya,sebagai mata dan telinga kepd pihak Pengetua dan guru, para pengawas seharusnya melaksanakan tugas masing-msing tanpa ragu-ragu atau berasa takut. Sebaliknya,mereka mesti tegas dan berani bertindak tanpa mengira kawan atau lawan, demi menegakkan suasana ketenteraman di sekolah. Pelajar-pelajar yang sengaja mahu menguji kewibawaan para guru dan pihak pentadbiran sekolah seharusnya dibawa ke tengah.Begitu jug mana-mana pelajar yang dianiayai oleh pelajar lain patut mendapat pembelaan.Kita tidak ingin melihat perjalanan sekolah terjejas akibat daripada beberapa anasir negatif yang bertindak liar dan sesuka hati mereka.Oleh itu, para pengawas harus berani menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Jika tidak,merek akan dilabel sebagai tidak berkesan dan menjadi bahan ejekan umum.

Kesimpulannya,peranan dan fungsi pengawas tidak perlu dinilai semula kerana sistem kepengawasan telah pun matap. Yang pelu diberi perhatian ialah unsur manusia, iaitu hanya pelajar yang sesuai yang akan dipilih sebgai pengawas.

Saturday, August 29, 2009

Amalan membaca

Amalan Membaca

Masyarakat berilmu ialah masyarakat yang maju dan bertamadun.Sebagai negara membangun yng sedang menuju status negara maju,kita harus melengkapkan diri dengan ilmu sebanyak yang mungkin.

Cogan kata “Membaca Itu Jambatan Ilmu” sering dilaungkan oleh para pemimpin kita dengan harapan rakyat akan terbuka hati untuk membaca pelbagai bahan yang berfaedah. Mengikut tinjauan Perpustakaan Negara Malaysia beberapa tahun dahulu, secara puratanya rakyat Malaysia membaca satu muka surat buku dalam setahun. Pendedahan ini sebenarnya amat memeranjatkan semua pihak.Lontaran ini kerajaan melancarkan gerakan membaca bagi memupuk tabiat suka membaca di kalangan masyarakat Malaysia.

Kita sebagai rakyat sebuah negara yang ssedang mengorak langkah mencapai taraf mesyarakat madani yang maju dalam pelbagai bidang perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan untuk mencapai status tersebut. Hakikatnya, jalan ke arah menimba ilmu adalah dengan membaca. Kita tidak boleh berdalih-dalih lagi.Kita tidak boleh terus bersikap dingin terhadap ktiviti membaca. Malah, aktiviti membaca masa kini tidak terhad pada bahan-bahan bercetak sahaja, malah dalam bentuk elektronik juga seperti laman web.

Tabiat membaca amat penting untuk melahirkan masyarakat yang berilmu.Sesungguhnya ilmu dpat diperoleh di mana-mana, hal ini disebabkan dalam bahan bacaan, terutama buku, majalah dan akhbar terdapat berbagai-bagai ilmu pengetauan sma ada yang berkaitan dengan sains,sejarah,bahasa,agama,isu semasa dan lain-lin.Tahukah anda bahawa menerusi bacaan juga kita dapat mendekati dunia luar?Sebagai contoh, kanak-knak yang gemar membaca pula akan memperlihatkan tutur kata yang lebih matang berbanding dengan rakan sebaya mereka yang kurang membaca.Hal ini disebabkan mereka bukan sahaja mengetahui perkara yang berlaku di sekelilng tetapi turut menyedari peristiwa yang berlaku di luar lingkungan tempat tinggal mereka. Ertinya, mereka yang gemar membaca tidak wajar diumpamakan” seperti katak di bawah tempurung”.

Ada juga individu yang menghabiskan masa lapang dengan melakukan aktiviti membaca. Amalan ini dapat melahirkan masyarakat yang berpengetahuan dan sekali gus membantu merealisasikan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini. Bagi golongan peljar, amalan membaca tentu sahaja dpat meningkatkan pencapaian mereka dalam bidang kademik kerana banyak pengetahuan diperoleh. Memandangkan amalan membaca penting, ibu pada wajar menjdi contoh kepada anak-anak dengan menjadikan aktiviti membaca sebagai budaya keluarga.

Kita akui masyarakat kita kurang membaca disebabkan merasakan tidak perlu membaca, namun golongan ini harus dikejutkan daripada lena agar memahami dengan membcalah diri akan mengetahui perkembangan alam sejagat ini. Sesungguhpun begitu, kita harus bersikap bijak dan pintar dalam memilih bahan-bahan yang kita minati.Pendek kata, dengan membaca kita akan mengetahui yang mana benar dn yang mana salah.

Umumnya,masyarakat berilmu ialah masyarakat yang gemar membaca. Amalan membaca banyak menuntut kesabaran, ketekunan, kerajinan dan minat yang mendalam. Kesimpulannya, membaca menjadi jendel dunia kepada kebanyakan orang. Terlalu banyak faedah yang dapat diperoleh dengan kegemaran membac bahan-bhan yang bermutu. Tegasnya, ‘ membaca itu jambatan ilmu” yang akan memudahkan kita merentas lebuh raya maklumat.