Sunday, September 20, 2009

Dalam karangan "Perayaan istimewa di Malaysia" terdapat satu kosa kata:
Perkataan "menahun" ini bermaksud tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya.


Selain itu, terdapat banyak perayaan-perayaan muncul dalam karangan saya.Mungkin kebanyakkan daripada kamu tidak tahu tentang sebahagian daripada perayaan-perayaan di negara kita.
Sekarang biarlah saya memperkenalkan perayaan-perayaan yang terdapat dalam karangan saya:

I)Maulid Nabi Muhammad saw (12 rabiul awal)



Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad SAW bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-Quran (terjemahannya ) :
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) mereka itulah yang beruntung." Al-Araf: 157
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahudin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera Islam memasuki Jurusalem.Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, dan anak-anak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad S.A.W. juga akan diadakan untuk meriahkan hari Maulud nabi ini. Jamuan makan juga dianjurkan diadakan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, yaitu pendapat --- pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. --- pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan semasa zaman Rasullullah dan para sahabat.Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh dirayakan adalah :
Bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W. datang ke Madinah maka beliau mendapati orang-orang yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharram,

maka Nabi S.A.W. bertanya kepada orang yahudi itu:

"Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"


Jawab mereka:

"Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan."

Maka Nabi S.A.W. berkata:

"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim.Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetikan hukum:


# Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.

# Nabi pun turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.




II)Hari Kebangsaan Malaysia


Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

III)Hari Kanak-kanak Antarabangsa
Poster Czech yang meraikan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa

Hari Kanak-kanak Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Children's Day, ICD) diraikan di banyak negara, biasanya pada 1 Jun setiap tahun, tetapi tidak semestinya.
ICD berasal daripada Persidangan Dunia untuk Kesejahteraan Kanak-kanak di Geneva, Switzerland pada tahun 1925. Tidaklah jelas mengapa 1 Jun ditetapkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa. Sebuah teori mengatakan bahawa konsul-jeneral Republik China di San Francisco (Amerika Syarikat) mengumpulkan sebilangan anak yatim Cina untuk meraikan Perayaan Perahu Naga pada tahun 1925 yang jatuh pada 1 Jun tahun tersebut dan kebetulan dengan persidangan di Geneva.
Sejak dari masa itu, 1 Jun telah diamalkan sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa oleh banyak negara, khususnya oleh negara-negara komunis; di Dunia Barat, hari ini biasanya diraikan pada hari-hari yang lain (jika diraikan) dan seringnya, tidak terdapat banyak kesedaran umum tentang perayaan tersebut (sila lihat bahagian Jerman di bawah untuk perbincangan lanjut). Oleh itu, kekadang terdapat tanggapan salah bahawa hari 1 Jun sebagai Hari Kanak-kanak Antarabangsa merupakan sebuah rekaan komunis. Walaupun demikian, sesetengah kumpulan di Amerika Syarikat telah memulakan pengamalan Hari Kanak-kanak Antarabangsa pada 1 Jun pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Hari Kanak-kanak Sedunia

Hari Kanak-Kanak umumnya diraikan pada 1 Jun setiap tahun.

Sejak 14 Disember 1954, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan UNESCO memerhatikan 20 November sebagai Hari Kanak-kanak Sedunia "demi diperhatikan sebagai suatu hari untuk persaudaraan seluruh dunia dan saling faham-memahami di antara kanak-kanak. Adalah dicadangkan bahawa hari itu juga diperhatikan sebagai suatu hari untuk kegiatan yang tertumpu kepada mempertingkatkan ideal dan objektif untuk Piagam dan kebajikan untuk kanak-kanak seluruh dunia."



IV) Hari Keputeraan Nageri-negeri Sebagai contoh, Sambutan Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai Meriah
Dubai, UAE Majlis Hari Keputeraan YDP Agong d Dubai anjuran pejabat Konsulat Jeneral dan myUAE-PRO menyaksikan penyertaan lebih 250 rakyat Malaysia d perantauan. Majlis yang dimulakan dengan bacaan du'aa oleh AJK myUAE-PRO, Abdul Latif Abdul Karim menyaksikan pelbagai aktiviti sampingan yang menarik minat hadirin.
Konsul Jeneral Malaysia d UAE, Syed Mohd Hasrin dalam ucapannya menyentuh sejarah dan peranan institusi YDP Agong sebagai Raja Berpelembagaan. Beliau juga menekankan objektif majlis seumpama adalah memberi peluang kepada rakyat Malaysia bertemu dan memperkukuh jaringan dan silaturahim.
Nyanyian lagu kebangsaan - Negaraku, berkumandang d foyer bangunan MATRADE menyerikan Majlis.
Antara aktiviti yang djalankan ialah deklemasi sajak oleh 5 anak watan. Sajak nukilan Nazrah Ayu, menyaksikan gandingan 5 anak muda pelbagai bangsa mendeklemasikan sajak bertajuk Perantau Berdondang.
Majlis juga d serikan dengan acara kuiz bertemakan Malaysia, terbuka untuk kanak-kanak dan hadirin.
Bagi peminat fotografi, pertandingan fotografi menyaksikan penyertaan 12 orang jurugambar dengan pelbagai gambar menarik dan kreatif. Keputusan juri menyaksikan CDdin sebagai pemenang keseluruhan, memenangi hadiah utama tajaan Veritas.
Kemuncak majlis ialah acara cabutan bertuah perdana, tajaan MAS - 2 tiket penerbanagan pergi balik Dubai-Beirut.
Pejabat Konsul Jeneral Malaysia dan myUAE-PRO merakamkan setinggi penghargaan kepada para penaja (MAS, MPOC, Flexim, Veritas dan Mutiara) dan sekelian rakyat Malaysia yang menjayakan Majlis dengan jayanya. Lagi gambar (koleksi Nik) d sini

Semua perayaan inilah perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia Kita yang sebagai rakyat Malaysia perlulah kita memahami dan mengenali peranyaan-perayaan tersebut.

No comments:

Post a Comment