Sunday, September 20, 2009

Perayaan istimewa di Malaysia

Kalaulah ada pelancong-pelancong yang berpeluang tinggal di negara kita ini selama setahun maka mereka akan berkesempatan menyakikan beraneka perayaan. Perayaan-perayaan di negara kita muncul begitu banyak kerana adanya rakyat yang berbilang kaum dan beranika kepercayaan. Selain itu, perayaan-perayaan itu pula adalah diraikan kerana sempena sambutan hari-hari kebesaran agama,hari-hari kebangsaan dan hari-hari istimewa antara bangsa.

Satu daripada perayaan-perayaan agama yang disambut besar-besaran di Malaysia ialah Hari Maulud Nabi atau Hari Keputeraan Nabi Muhammad. Pada hari yang berbahagia itu, rakyat Malaysia yang beragama Islam akan mengadakan majlis-majlis perhimpunan atau perarakan. Setelah berhimpun atau berarak, mereka akan mendengar syarahan-syarahan daripada ahli-ahli agama tentang perjuangan Nabi besar mereka bagi menegakkan Syiah Islam. Pada hari yang berbahagia inilah umat-umat Islam akan dapat mengingati semula betapa besarnya pengorbanan Nabi mereka terhadap agama yang mereka sedang anuti.Semua dengan penerangan-penerangan diberikan kepda mereka pada hari itu, mereka akan membukakan hati mereka untuk berjasa kepada agama mereka.

Pada masa yang lain pula, pelancong itu akan berpeluang menyaksikan perayaan kebangsaan. Satu daripada perayaan-perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia ialah perayaan Hari Kebangsaan Malaysia. Hari Malaysia yang jatuhnya pada tiap-tiap 31hari bulan Ogos itu adalah bersempena dengan Hari Negara ini mencapai kemerdekaannya yang jatuh pada tarikh tersebut. Hari yang bersejarah ini, seperti juga Hari Keputeraan Nabi Muhammad tadi, adalah hari kelepasan am di seluruh negara.. Pada hari ini akan diadakan upacara-upacara sambutan khas di ibu-ibu negeri dan ibu kota. Di sini ditunjukkan berbagai-bagai acara kebudayaan seperti tarian-tarian, pencak silat, dam permainian-permainan. Di perhimpunan-perhimpunan inilah juga pemimpin-pemimpin akan membaharui ikrar mereka untuk membuat sesuatu agar menguntungkan rakyat.

Pada hari-hari yang lain pula, pelancong-pelancong itu akan bersua dengan perayaan-perayaan yang agak pernah dilihatnya di negaranya sendiri tetapi agak berlainan sedikit corak sambutannya. Satu daripada perayaan-perayaan itu ialah perayaan Hari Kanak-kanak Sedunia. Perayaan yang meriah ini dirayakan oleh kanak-kanak seluruh dunia bagi memperingati atau menyedarkan ibu bapa akan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka. Puncak perayaan ini, di Malaysia ialah Perhimpunan Raksasa Kanak-kanak di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Di perayaan inilah kanak-kanak Malysia yang telah berjasa kepada negaranya akan disematkan dengan “Pingat Hang Tuah”. Di perhimpunan lain pula, bersempena dengan hari meriah ini, kanak-kanak akan dijamu dengan beraneka juadah dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik akan mendapat berbagai-bagai hadiah.

Pada tiap-tiap negeri di Malaysia ini pula mempunyai hai istimewa mereka. Hari itu ialah hari keputeraan-keputeraan sultan atau raja-raja negeri itu. Di negeri yang tiada beraja seperti negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, mereka merayakan Hari Keputeraan gabenor-gabenor atau Yang Di Pertuan Nageri mereka masing-masing. Hari yang berbahagia ini biasanya disambut dengan besar-besaran oleh seluruh rakyat negeri tersebut. Biasanya setelah diadakan perkumpulan ramai yang dihadiri oleh beribu-ribu orang rakyat, maka doa selamat akan diadakan di tempat-tempat ibadat iaitu di masjid-masjid, di gereja-gereja, di kuil-kuil dan di tokong-tokong. Di samping menngadakan jamuan-jamuan makan pada hari inilah juga Duli-Duli Yang Maha Mulia itu akan mengurniakan pingat-pingat kehormatan kepada rakyat-rakyat baginda yang telah berjasa kepada negeri masing-masing.Kadang-kala perayaan-perayaan itu akan berlanjutan dengan beraneka acara sukan dan pertunjukan kebudayaan.

Pendek kata, seseorang pelawat ke Malaysia yang berkesempatan tinggal menahun, pasti akan berpeluang menyaksikan berbagai-bagai perayaan dan ada banyak saat kegembiran akan dibawanya pulang ke negeranya.

1 comment:

  1. Hello Amelia,

    Syabas, nampaknya banyak pelawat dari negara asing melawat blog anda!

    Minta beri perhatian kepada kesilapan menaip seperti:

    syair Islam - Syiah Islam
    rakyat (jamak) tidak perlu digandakan
    hari kebangsaan (hari-hari kebangsaan?)
    beri perhatian kepada penggunaan kata ganda dalam ayat.

    ReplyDelete