Monday, September 28, 2009

Peribahasa Melayu


Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam mayarakat di negara kita terutamanya di kalangan orang-orang Melayu, Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat, teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran.

Pada hemat saya, dengan menggunakan peribahasa banyak teguran, nasihat dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa marah atau kecil hati pada orang lain.

Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung perasaannya.Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat datafsirkan oleh semuaorang. Seringkali perkara yang diumpamkan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan alam sekeliling mereka.

Umumnya, peribahasa masih terus digunkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga hari ini. Peribahasa dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti simpulan bahasa, perbandingan, perumpamaan, pepatah, bidalan, kata-kata hikmat. Antara beberapa contoh peribahasa termasuklah “Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga”, “Masa itu emas”, “Ibarat burung, mata lepas badan terkurung”, “Bagai aur dengan tebing”, “Seperti api dalam sekam”, “Seperti anak ayam kehilangan induk”, “Hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”, “Bahasa Jiwa BAngsa”, “Bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi”, “Ukur baju pada badan sendiri”, dan “Muafakat Membawa Berkat”.

Sesungguhnya, tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat pada zaman dahulu kala sering menegur anggotanya dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan. Misalnya, apabila seorang tua yang ingin menegur sikap bebas anak gadisnya akan menggunakan peribahasa yang berbunyi “takkanlah perigi yang mencari timba”. Dalam konteks lain pula, seorang guru akan menasihati anak muridnya yang berasa malu untuk bertanya sesuatu dengan menggunakan peribahasa ini, “malu bertanya sesat jalan, malu berdayung perahu hanyut”.

Sungguhpun kebanyakan peribahasa yang dicipta orang dahulu kala masih benar dan sahihi ehingga kini, namun terdapat sebilangan kecil peribahasa tersebut yang tidak dapat diterima pakai lagi pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang serba moden dan canggih ini.Pada pendapat saya, seboleh-bolehnya kita mengabaikan peribahasa-peribahasa tersebut yang dimaksudkan itu. Beberapa contoh peribahasa yang sudah usang dan ketinggalan zaman ialah seperti “Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang”, “Biar mati anak,jangan mati adat” dan “Hutang darah dibayar darah”.

Pada pendapat saya,ketiga-tiga contoh peribahasa yang dikemukakan di atas tidak dapat diterim pakai lagi kini kerana beberapa alasan seperti yang diterangkan di sini. Contohnya, peribahasa yang pertama jika diamalkan bukan saja dapat mematikan semangat juang seseorang individu malah akan menjadikan seorang yan tidak menginginkan kemajuan. Sekiranya seluruh masyarakat berpegang pada fahaman sedemikian, selama itulah masyarakat tersebut akan berada di takuk lama kerana tiada kemajuan yang dapat dicapai.

Sementara peribahasa yang kedua lebih mementingkan adat daripada anak sendiri. Dalam konteks ini, masyarakat dahulu kala mementingkan kelompok daripada individu. Namun dewasa in, para ibu bapa tidak sanggup lagi mengorbankan anak sendiri semata-mata untuk mempertahankan adat masyarakat.Sebaliknya, anaklah yang diutamakan daripada segala-galanya. Itulah nilai masyarakat hari ini.

Peribahasa yang ketiga pula tidak harus dipraktikkan kerana mendorong keluarga mangsa bertindak balas terhadap pembunuhnya. Sekiranya hal sedemikian dilakukan masyarakat akan menjadi tidak tenteram.Pada masa sekarang kita mempunyai pasukan polis dan badan kehakiman, jadi biarlah mereka yang menjalankan siasatan terhadap sebarang jenayah dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah.

Kesimpulannya, peribahasa-peribahasa yang sudah usang dan tidak relevan dengan suasana masyarakat pada hari ini tidak seharusna diamalkan lagi demi kesejahteraan masyarakat.

1 comment:

  1. Belajar Bahasa Melayu tidak lengkap kalau tidak mempelajari peribahasa. Menggunakan peribahasa sama ada dalam penulisan atau pertuturan dapat menggantikan penerangan yang berjela-jela.

    ReplyDelete