Thursday, November 19, 2009

"Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga"

Seorang pemuda telah ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana menagih dadah.Seorang lelaki lain pula didakwa sebagai pengedar, manakala yang seorang lagi didakwa menjadi pembekalnya. Apakah agaknya perasaan ibu, bapa dan saudara mereka ini? Mereka akan berasa malu akibat perbuatan keji seorang aripada anggota keluarga. Hal ini menjejaskan nama baik keluarga, masyarakat sekampung, nama baik kaum, dan nama baik agama yang dianuti. Apabila berita penangkapan ini terpapar di akhbar, masyarakat negara luar akan beranggapan bahawa banyak rakyat Malayia yang terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah. Nama baik rakyat dan negara Malaysia akan tercemar. Inilah yang dimakudkan dengan peribahasa Melayu, “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.

Semua orang tahu bahawa warna susu tetap putih. Keputihan ini melambangkan kesucian dan kemuliaan yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Nilai pula ialah sejenis bahan yang berwarna biru. Sekiranya setitik nila dicampurkan dengan susu di dalam bekas, maka tercemarlah warna susu itu. Hal ini melambangkan tercemarnya kesucian dan kemuliaan anggota masyarakat, mahupun negara akibat daripada kejahatan yang dilakukan oleh salah seorang daripada mereka.

Sehubungan dengan itu, peribahasa ini menekankan peri mustahaknya individu mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan yang keji, iaitu perbuatan yang melanggar ajaran agama dan norma masyarakat. Hal ini demikian kerana kesannya dapat memburukkan nama baik orang lain yang tidak terlibat. Perbuatan menerima rasuah, misalnya adalah perbuatan keji yang dikutuk oleh masyarakat. Namun bagaimanapun kes penerimaan rasuah langsung tidak pernah dikurangkan, malah semakin meningkat. Jika seseorang pemimpin didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman kerana menerima rasuah, maka akan tercemarlah nama baik masyarakat Malaysia, bangsa Malaysia, dan negara Malaysia. Buktinya seperti yang berlaku kepada sesetengah pemimpindi negara lain yang membunuh diri kerana terlibat dalam rasuah. Perbuatan ini dilakukan semata-mata untuk membersihkan nama baik banga dan negaranya.

Seterusnya, apakah kebaikan menjadikan peribahasa ini sebagai panduan dan pengajaran di dalam hidup? Sebenarnya, peribahasa ini mengingatkan masyarakat supaya berfikir sebelum membuat sesuatu tindakan an mengawal tingkah laku. Nafsu sering mendorong manusia melakukan kejahatan. Nafsu mengajak manusia mencuri, merompak, membunuh, merogol, dan sebagainya. Nafsu lebih mementingkan sifat “keakuan” atau mementngkan diri sendiri. Jika seseorang tidak berfikir panjang dan tidak mengawal tingkah lakunya, maka kesucian agama akan tercemar, masyarakat akan dipandang hina oleh orang lain, dan nam baik negar turut terjejas di mata dunia. Sebaliknya, jika setiap individu menjadikan peribahasa ini sebagai iktibar dan pengajaran, maka negara Malaysia akan menjadi contoh kepada negara lain di dunia dan disanjung setiap masa.

Dengan itu, peribahasa ini patut dijadikan cogan kata dala merealisasikan Wawasan 2020, iaitu untuk mewujudkan masyarakat yang mulia dan berperibadi tinggi. Setiap warganegara perlulah mengamalkan ajaran agama mereka, mematuhi Perlembagaan Malayia, dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Nagara. Peraturan-peraturan, akta, dan ajaran yang terkandung di dalamnya bertujuan semata-mata untuk memuliakan kehidupan masyarakat dalam negara.

Banyak orang yang menutup muka apabila jurugambar merakamkan gambar mereka di dalam akhbar setelah disabitkan atas sesuatu kesalahan. Mengapakah mereka berasa malu? Mengapakah mereka tidak memikirkan kesannya sebelum bertindak dan melakukan euatu perbuatan? Mereka tidak mahu maruah diri sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Jika demikin halnya, mereka perlulah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai yang baik dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana sebagai akibat perbuatan mereka nama baik kita turut tercemar, seperti yang terungkap dalam maksud peribahasa, “sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”.

No comments:

Post a Comment