Tuesday, September 8, 2009

Badan Pengawas Sekolah

Badan pengawas sebagai institusi unggul dalam sistem persekolahan telah wujud buat sekian lama. Peranan utama badan ini adalah membantu pihak sekolah dalam memelihara disiplin pelajar agar wujud suatu suasana yang kondusif untuk proses pembelajaran dan pengajaran.Justeru, badan pengawas memainkan peranan penting dalam sistem persekolahan kita.

Biasanya badan pengawas dianggotai oleh pelajar-pelajar yang terpilih.Mereka terdiri daripada segolongan pelajar yang mempunyai perwatakan yang terpuji. Umumnya, pengawas dianggap sebagai pelajar mithali yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar-pelajar lain dari pelbagai segi, baik aspek sahsiah, tingkah laku, mahupun dalam tutur kata. Pendek kata, mereka merupakan pemimpin pelajar yang mempamerkan ciri-ciri kepemimpinan melalui teladan.

Namun begitu, keberkesanan pengawas sekolah dalam menjaga disiplin pelajar mula dipersoalkan sejak akhir-akhir ini. Hal ini demikian kerana masalah disiplin di kalangan para pelaja tidak pernah berkurang. Malah, kadar salah laku di kalangan pelajar kian meningkat dari semasa ke semasa. Perkara ini dipandang serius oleh semua pihak, baik Pengetua sekolah, para guru, ibu bapa, mahupun masyarakat umum. Sehubungan dengan ini, para pengawas didakwa telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan. Pandangan serong ini tidak dapat dielakkan kerana kes-kes berat yang membabitkan pelajar seperti peras ugut, pukul rakan, gengsterisme,membakar sekolah, dan seumpamnya gagal dikesan lebih awal oleh pihak pengawas.

Sebagai pemimpin pelajar, para pengawas diharapkan dapat membantu pihak sekolah menyiasat kes-kes salah laku di kalangan pelajar dan bertindak pantas dengan melaporkannya kepada guru disiplin atau Pengetua jika terdapat sebrng kejadian yang tidak diingini yang didapati berlaku di pekarangan sekolah.Justeru, kegagalan para pengawas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka semenjak akhir-akhir ini telah menimbulkan berbagai-bagai persoalan.

Patutkah para pengawas didakwa telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan?Para pengawas yang menjalankan tugas ibarat melepaskan batuk di tangga tentunya mempunyai
alasan-alasan yang tersendiri.Umumnya,banyak antara mereka yang berasa gentar untuk bertindak terhadap pelajar-pelajar yng bersikap samseng dan kasar.Sementara yang lain berasa sukar untuk melaporkan kes-kes salah laku rakan-rakan yang sekelas dengan mereka. Justeru,timbulkan momokan bahawa para pengawas tidak berkesan dalam menjalankan tugas yng dipikul.

Sesungguhnya,sebagai mata dan telinga kepd pihak Pengetua dan guru, para pengawas seharusnya melaksanakan tugas masing-msing tanpa ragu-ragu atau berasa takut. Sebaliknya,mereka mesti tegas dan berani bertindak tanpa mengira kawan atau lawan, demi menegakkan suasana ketenteraman di sekolah. Pelajar-pelajar yang sengaja mahu menguji kewibawaan para guru dan pihak pentadbiran sekolah seharusnya dibawa ke tengah.Begitu jug mana-mana pelajar yang dianiayai oleh pelajar lain patut mendapat pembelaan.Kita tidak ingin melihat perjalanan sekolah terjejas akibat daripada beberapa anasir negatif yang bertindak liar dan sesuka hati mereka.Oleh itu, para pengawas harus berani menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna. Jika tidak,merek akan dilabel sebagai tidak berkesan dan menjadi bahan ejekan umum.

Kesimpulannya,peranan dan fungsi pengawas tidak perlu dinilai semula kerana sistem kepengawasan telah pun matap. Yang pelu diberi perhatian ialah unsur manusia, iaitu hanya pelajar yang sesuai yang akan dipilih sebgai pengawas.

1 comment:

  1. Hello Amelia,

    Apa yang dinyatakan dalam pos anda ini memang tepat menggambarkan keadaan Badan Pengawas Sekolah sekarang. Pelajar pada masa lebih berani dalam melakukan salah laku yang serius. Sebenarnya, cikgu hormat akan pengawas yang terdapat di sekolah kerana berani menghadapi pelajar yang melanggar disiplin. Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan pengawas sekolah yang kurang menunjukkan suri teladan kepada pelajar yang lain. Malah, mereka terlibat juga dalam kes-kes melanggar disiplin. Sebenarnya, jika ingin membentuk disiplin yang utuh, bukan tanggungjawab badan pengawas atau pihak sekolah semata-mata. Didikan dari rumah mempengaruhi sahsiah pelajar. Saya berpendapat rakan sebaya banyak mempengaruh tingkah laku pelajar.

    Bagus, satu pos yang padat tentang peranan badan pengawas sekolah. Tahniah.

    ReplyDelete